Pasangan penyanyi duet popular iaitu Syamel dan Ernie Zakri bakal menamatkan zamat bujang mereka tidak lama lagi. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos tahun lalu dan rata-rata peminat turut mendoakan agar segala urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.
Artikel berkaitan: ‘Doakan Kami Kuat’ – Ernie Zakri, Syamel Bakal Naik Pelamin Awal Tahun Depan
Terbaru, menerusi sebuah video pre-wedding penuh yang dimuat naik menerusi akaun YouTube Bangnel & Kak Ninie itu mengundang tanda tanya bilakah tarikh pernikahan pasangan dua sejoli ini?
#GoodbyeHelloBMKN
Video berdurasi 2:10 minit itu memaparkan montaj pasangan ini diiringi dengan kata-kata puitis romatis yang ditujukan sesama sendiri. Turut mencuri perhatian apabila di penghujung video tersebut kelihatan tarikh 26 Mac 2021 lantas menguatkan lagi dakwaan bahawa tarikh tersebut merupakan hari bersejarah mereka.
‘Jagalah dia, jika ku tiada’
Memetik laporan Harian Metro, pasangan itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada awal pagi esok. Malah, Ernie turut memohon segala urusan pernikahan dipermudahkan.
Alhamdulillah, doakan majlis berjalan lancar. Insya-Allah, majlis nikah dibuat secara sederhana saja membabitkan keluarga kedua belah pihak.
Lagipun kami perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam melaksanakan majlis.
Sumber: Bangnel & Kak Ninie