berita

‘Doakan Kami Kuat’ – Ernie Zakri, Syamel Bakal Naik Pelamin Awal Tahun Depan

August 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Setelah mengikat tali pertunangan, pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan pasangan merpati dua sejoli ini naik pelamin. Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan mereka kepada khalayak ramai dan rakan media.

Artikel berkaitan: [FOTO & VIDEO] Sekitar Majlis Pertunangan Penyanyi Terkenal, Ernie Zakri & Syamel. Tahniah!

Pasangan duet lagu Aku Cinta ini akan menamatkan zaman bujang pada awal tahun hadapan. Dikhabarkan juga mereka akan melancarkan lagu terbaru hasil ciptaan bersama pada hari perkahwinan.

Dulu kami rapat sebagai kawan

Ernie Zakri menerusi temubual bersama OHBULAN! terpaksa menangguhkan acara pertunangan mereka yang telah dirancang pada bulan Jun lalu. Penangguhan itu adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana disarankan kerajaan.

Sebenarnya sebelum MCO lagi kami ada plan. Cumanya, semua terpaksa PKP jadi kami terpaksa menangguhkan. Terpaksalah banyak memberi jawapan berdalih kepada semua.

Saya dah berkawan dengan Syamel sudah beberapa tahun dari pertandingan Duo Star lagi. Tapi masa itu tidak ada apa-apa perhubungan. Memang kami rapat sebagai kawan dalam setahun hingga dua tahun macam tu. Selepas itu, baru kami rasa hubungan ini boleh dibawa ke fasa yang lebih serius.

Tak nak ada pula ‘kluster Ernie Syamel’

Penyanyi Ku Bersuara ini meluahkan rasa syukur dengan perancangan terlaksananya majlis pertunangan. Mereka merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.

Sekarang ini masih lagi proses perbincangan. Kami masih mencari tempat, tarikh dengan keadaan sekarang kena betul-betul jemputan tetamunya disebabkan kami tidak dapat menjemput ramai orang.

Masih kena ikut SOP. Bila dah ada date yang confirm, kami akan beritahu. Disebabkan ada SOP, kami mengambil keputusan untuk berkongsi dalam satu majlis. InshaAllah, untuk rakan media dan rakan selebriti yang lain akan ada satu majlis. Takkanlah orang cakap nanti ‘Kluster Ernie Syamel’ pula kan.

Doakan kami supaya kuat untuk terima apa saja dugaan. Inshallah..

Lagu baru di hari perkahwinan

Bukan itu saja, Ernie turut berkongsi perancangan mengeluarkan single duet terbaru hasil ciptaan Ernie dan Syamel sendiri. Lebih indah lagi, lagu tersebut bakal dinyanyikan pada majlis perkahwinan mereka nanti.

Ada perancangan dari Syamel untuk melancarkan lagu tersebut pada hari wedding. Lagunya dah ada cuma kami belum betul-betul duduk berbincang. Kalau dapat lancarkan pada wedding day pun best juga.

Boleh dikatakan lagu ini merupakan kisah cinta kami. Kali ini lebih sweet.

Masing-masing ada telinga untuk menilai

Sementara itu, Ernie turut memberi respon terhadap kritikan juri tetap di sebuah program nyanyian iaitu Ajai terhadap peserta, Dr Hafiz Zainal. Di media sosial, rata-rata netizen mengaitkan situasi tersebut dengan persembahan Ku Bersuara di pentas AJL lalu.

Apa yang saya boleh katakan kepada Dr Hafiz, saya pun ada menyaksikan persembahannya. Apa saja yang diberikan, kita ambil saja dengan positif. Jika tak dapat feedback yang baik itu, it’s okay. You should try again. Inilah masa yang tepat untuk dia buktikan dia adalah penyanyi yang bagus.

Saya tidak akan memberi komen terhadap markah yang diberikan, masing-masing ada telinga untuk mendengar dan menilai. Ambil ini sebagai satu cabaran, tunjukkan pada semua siapa you yang sebenar.

Temubual penuh

SKIP THIS AD ×