berita

Doktor Kongsi Pengalaman Rawat Pesakit Sakit Gigi Sehingga Bengkak Muka & Bernanah

July 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Penjagaan mulut sangat penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi. Individu wajib memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan melakukan pemeriksaan setiap enam bulan sekali.

Jangan pula tangguh untuk berjumpa doktor sekiranya gigi anda sakit. Ini kerana pelbagai kemungkinan dan risiko jangkitan kuman boleh berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Baca perkongsian doktor Mohd Khairul Izwan ini.

Bengkak muka sebelah kiri

Pesakit wanita berumur 27 tahun mengalami bengkak muka sebelah kiri sehingga melarat ke bahagian bawah leher. Keadaan ini disebabkan oleh jangkitan kuman yang berpunca dari kerosakan gigi bawah yang tidak dirawat sebelum ini.

Pesakit turut mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis serta penyakit buah pinggang yang kronik.

Leher ditebuk keluarkan nanah

Prosedur “incision and drainage” (I&D) di bawah bius umum (general anesthesia) telah dilakukan di hospital pada 1/7/2019 bagi membolehkan nanah yang berkumpul di bahagian pipi dan bawah leher mempunyai jalan keluar.

Melalui prosedur I&D ini, leher pesakit dibelah dan ditebuk sedikit bagi memberi ruang untuk nanah keluar. Kemudian, pesakit perlu menjalani sesi “dressing” setiap hari sehingga semua nanahnya keluar dan bengkak mukanya surut.

Gigi berlubang tidak dirawat

Jangan ambil mudah bila sakit gigi

Sumber : Mohd Khairul Izwan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×