berita

Jangkitan Kuman Sehingga Bernanah, Doktor Kongsi Punca & Sebab Bengkak Muka Akibat Sakit Gigi

May 16th, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Sebelum ini viral di media sosial seorang lelaki mengalami bengkak di bahagian muka akibat menggunakan minyak brek untuk meredakan sakit gigi. Ini mengakibatkan pipi lelaki tersebut terpaksa ditebuk untuk membuang nanah di bahagian berjangkit.

Di Facebook, Dr Mohd Khairul Izwan kongsi apa itu bengkak muka dan bagaimana ianya berlaku. Yang penting jangan sesekali ambil ringan apabila sakit gigi tau, segera berjumpa doktor!

Jangkitan kuman apabila tidak dirawat

Facial cellulitis @ bengkak muka akibat kerosakan gigi boleh berlaku jika anda memandang ringan masalah pergigian yang anda hadapi serta membiarkannya tanpa dirawat.

Facial cellulitis boleh merebak ke seluruh bahagian muka termasuk mata serta leher dan mengakibatkan kesukaran untuk membuka mulut, kesukaran menelan serta kesukaran untuk bernafas!

Apa itu bengkak muka?

Facial cellulitis biasanya dimulai oleh bengkak gusi (dental abscess) yang kecil sahaja ukurannya akibat kerosakan gigi yang tidak dirawat. Jadi jangan ambil mudah jika anda mempunyai gigi berlubang. 

Rawat dengan segera di klinik gigi yang berhampiran!

Apa yang perlu dibuat?

Gigi yang berlubang haruslah dirawat dengan cara:
1) Tampalan
2) Rawatan saluran akar
3) Cabutan

Kegagalan anda untuk mendapatkan rawatan bagi gigi anda yang berlubang boleh menyebabkan anda mengalami bengkak gusi (dental abscess) serta bengkak muka (facial cellulitis) akibat jangkitan kuman yang berlaku dalam gigi anda yang rosak tersebut.

Sumber : Dr Mohd Khairul Izwan