berita

Doktor Malaysia Dihalau Dari New Zealand Lepas Cabul 4 Pesakit Lelaki Ketika Dibius

August 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang doktor rakyat Malaysia telah dihantar pulang dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual terhadap empat pesakitnya.

Doktor cabul 4 pesakit

Foto: New Zealand Herald

David Kang Huat Lim berusia 46 disabitkan kesalahan pencabulan seksual terhadap empat lelaki muda ketika dibius menggunakan Midazolam pada 2014. Keempat-empat mangsa memberitahu mahkamah, apabila sedar, mereka mendapati David Lim meraba bahagian sulit mereka. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan David Lim di sebuah klinik di Hastings.

Susulan daripada itu, David Lim telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan dia telah diberikan perintah pengusiran semasa dipenjarakan. Dalam perbicaraan pada 26 Januari lalu, David Lim masih menafikan tuduhan terhadapnya. David Lim kini memperkenalkan dirinya sebagai wanita namun keputusan Lembaga Parol dan dokumen rasmi terbaru agensi kerajaan masih merujuk kepada nama David Lim berikutan tiada bukti dia menukar nama.

Menurut sumber, David Lim dibebaskan pada tarikh tamat hukumannya pada 1 Jun dan telah diusir pulang pada 3 Jun lalu selain dia tidak lagi dibenarkan kembali ke negara itu.

Sebagai rekod, doktor kelahiran Malaysia itu menjalani latihan perubatan di Scotland sebelum tiba di Hawke’s Bay, New Zealand untuk berkhidmat dalam perubatan pada tahun 2006.

Sumber: New Zealand Herald

SKIP THIS AD ×