berita

Pemuda Cabul 35 Budak Lelaki, Buat ‘Projek’ Lepas Mangsa Pulang Dari Masjid

October 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemuda di Indonesia ditahan polis selepas disayaki mencabul 35 orang kanak-kanak lelaki dalam kejadian sejak April 2023.

Artikel Berkaitan: Ketua Kumpulan Motor Cabul 40 Remaja, Paksa Buat Seks Oral & Telan Air Mani

Artikel Berkaitan: ‘Pancing’ Untuk Keluar Makan, Remaja 14 Tahun Dirogol Di Tangga Pintu Kecemasan

Pemuda cabul 35 budak

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media Indonesia, suspek yang dikenali sebagai RH merupakan seorang pelajar dan pertama kali perbuatan keji itu dilakukannya adalah pada bulan Ramadan 2023. Menurut sumber, suspek mencabul mangsa pertamanya ketika kanak-kanak itu pulang dari masjid selepas menunaikan solat tarawih.

Sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertindak mengumpan mangsa dengan mengajaknya ke sebuah pondok dan mengugut akan memukul sekiranya enggan menuruti permintaannya. Bukan itu sahaja, suspek mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula dan membiarkan mangsa menonton filem dewasa.

Tidak terhenti di situ, suspek dikatakan merakam sendiri aksi tidak senonohnya dengan mangsa menggunakan telefon bimbit miliknya.

Difahamkan, penahanan suspek dilakukan selepas salah seorang rakan suspek membuat laporan polis setelah melihat video tidak senonoh tersebut. Saksi juga sempat berjumpa dengan keluarga mangsa dan memberitahu kejadian yang berlaku.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek rupa-rupanya pernah menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu kecil dahulu.

Sumber: Popmama, Detik News, Regional Kompas

SKIP THIS AD ×