berita

Dolla ‘Mendunia’! Tersenarai Dalam Top 10 Carta International Girl Group

June 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini saluran YouTube tersohor dunia MsMojo telah menyenaraikan kumpulan Dolla sebagai salah satu daripada 10 kumpulan nyanyian wanita antarabangsa yang perlu ada dalam ‘playlist’ pendengar.

Artikel Berkaitan: ‘Seksi-Seksi Macam Ini Tak Berkenan’ – Nenek Tegur Imej Seksi Syasya Dolla

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nenek Tegur Imej Seksi, Syasya Dolla – ‘Niatnya Baik, Tapi Saya Tak Mahu Berpura-Pura…’

Satu lagi kejayaan Dolla

Menerusi video di saluran YouTube tersebut, MsMojo telah menyenaraikan 10 kumpulan wanita dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, United Kingdom, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia.

Kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya meraih perhatian MsMojo apabila mereka diberi penghormatan untuk menduduki tangga keenam di dalam carta tersebut.

Menurut saluran itu, kelincahan mereka dipentas dan juga fenomena tular Dolla di media sosial menjadi sebab mengapa mereka berjaya meraih perhatian dunia.

Dolla bukan sahaja dikenali kerana kelincahan mereka di pentas tapi juga berkat ketularan mereka di media sosial.

Ini termasuklah kejayaan lagu Raya Raya Rayayang berjaya mengumpul jutaan peminat seluruh dunia.

Dalam pada itu, ini merupakan satu lagi kejayaan besar buat Dolla kerana saluran MsMojo merupakan sebuah saluran yang sangat popular dan mengiktiraf artis-artis berbakat dari seluruh dunia.

Dolla percaya dengan kejayaan ini dan juga adanya 5 juta pengikut saluran MsMojo pastinya akan meningkatkan jumlah peminat kumpulan itu.

Terdahulu, kumpulan Dolla berjaya tampil di papan iklan digital di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Sekadar info, MsMojo merupakan salah satu saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo, iaitu sebuah saluran video ulung di YouTube yang berpusat di Kanada.

SKIP THIS AD ×