Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa menerusi satu hantaran di TikTok dilihat seolah-olah meluahkan apa yang terpendam terhadap apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Sibuk Bercinta Sana Sini, Tapi Tolonglah Bagi Kerjasama. Jangan Siksa Hidup Orang’ – Isteri Shuk Sahar
Artikel Berkaitan: Isteri Shuk Dedah Dah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung – ‘Saya Nekad Bercerai, Hampir Lima Tahun Bertahan..’
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak Shuk Sahar Dengan Wanita Lain Dekat Penang, Ini Respon Rossa – ‘Dua Mangkuk Ni Memang Takkan Mengaku’
‘Aku sabar ja…’
Menerusi hantaran tersebut, Rossa dilihat seolah-olah kecewa terhadap tindakan seseorang yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita.
Orang memperlakukan aku teruk, diorang biar aku tunggu diorang berbulan-bulan, diorang bercuti, bercheck in. Aku sabar ja menunggu walaupun tiada kepastian.
Ujar pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah, apa yang berlaku menyebabkan dia berasa sedih dan sering kali menangis namun, masih percaya dengan ketentuan Ilahi.
Sedih jangan cakap la. Tuhan ja tau bila di mana. Berapa banyak aku menangis. Menangis la bah tabah. Tapi aku yakin ini cara Allah jadikan insan macam kita ini lebih sabar dan tabah.
Bersyukur la dalam ujian ini kita orang yang dikhianat bukan pengkhianat.
Terdahulu, Rossa mendedahkan dia menerima mesej daripada pengikutnya yang mendakwa melihat kelibat suaminya dengan seorang wanita di dua lokasi berbeza. Rossa bagaimanapun, menafikan wanita yang dilihat bersama suaminya itu adalah dirinya.
Video penuh:
@rossa_1stalhamdulillah? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?
Sumber: Rossa Sera