Sebelum ini, isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa mendedahkan dia menerima mesej daripada pengikutnya yang mendakwa melihat kelibat suaminya dengan seorang wanita di dua lokasi berbeza. Rossa bagaimanapun, menafikan wanita yang dilihat bersama suaminya itu adalah dirinya.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak Shuk Sahar Dengan Wanita Lain Dekat Penang, Ini Respon Rossa – ‘Dua Mangkuk Ni Memang Takkan Mengaku’
Artikel Berkaitan: Wanita Muat Naik Video Lelaki Mirip Suami Dekat Bilik Hotel, Ini Respon Isteri Shuk
Dah sebulan tidak duduk sebumbung
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah membuat pengakuan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini berada dalam proses untuk failkan penceraian.
Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.
Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.
Mengulas lebih lanjut, Rossa menjelaskan dia nekad untuk bercerai selepas hampir lima tahun berdepan dengan konflik rumah tangga yang tidak berkesudahan.
Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya.
‘Saya tegas dengan keputusan untuk berpisah’
Ujar Rossa lagi, dia sama sekali tidak peduli akan pendapat mahu pun pandangan daripada orang luar berikutan semua ‘beban’ tersebut dihadapi semuanya sendiri.
Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.
Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.
Sumber: Harian Metro