Prosiding pelanggaran perintah mahkamah melibatkan penyanyi, Nubhan dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek diteruskan pada tarikh baharu iaitu 10 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri?

Artikel Berkaitan: ‘Semua Baju Masih Dalam Kotak, Saya Pakai Apa Yang Ada Saja’ – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah

Dr Afifah langgar 3 perintah?

Ketika ditemui OhBulan!, peguam mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli mendakwa Dr. Afifah yang mesra disapa Dr. Fie telah melakukan tiga pelanggaran atas terma yang dicadangkan sendiri olehnya.

Yang mana pelanggaran perintah tersebut adalah perintah yang dipersetujui dan terma perintah yang sendiri dicadangkan oleh pihak Dr. Fie.

Butiran perintah saya minta maaf kita tak dedahkan sebab akan prejudis tapi ada tiga pelanggaran yang berlaku terhadap perintah tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Mohd Redzuan berkata pada prosiding seterusnya defendan akan memfailkan afidavit pembelaan.

Mohd Redzuan turut menegaskan bahawa langkah yang diambil oleh anak guamnya bukanlah bersifat balas dendam.

Tindakan ini bukan atas kapasiti balas dendam.

Kami sebenarnya mengambil masa yang cukup lama untuk mempertimbangkan sama ada perlu memfailkan tindakan ini atau tidak.

Namun, saya difahamkan oleh Nubhan, sekiranya ada permohonan maaf yang dibuat secara suci hati dan ikhlas daripada pihak sana, dia sedia mempertimbangkan untuk menarik balik kes ini.

Difahamkan, ini adalah prosiding kali pertama bagi kes komital yang difailkan Nubhan susulan dakwaan wujudnya tiga pelanggaran perintah mahkamah.

Terdahulu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad memilih saluran mahkamah demi mempertahankan maruah diri dan membersihkan namanya daripada terus menjadi mangsa fitnah dan manipulasi spekulasi masyarakat.