
Bekas isteri penyanyi Nubhan Ahmad, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menafikan dakwaan yang kononnya sudah menemui pengganti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Afifah Terkilan Nubhan Fail Komital – ‘Fikir Masa Depan Anak-Anak, Kesan Terhadap Kesihatan Mental Saya’
Artikel Berkaitan: Dr Afifah Didakwa Langgar Tiga Perintah Mahkamah, Nubhan Sedia Tarik Balik Dengan Bersyarat
Belum berpunya

Ketika ditemui OhBulan!, Dr. Afifah atau mesra disapa Dr. Fie yang memakai pakaian serba pink itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Ya Allah, hati belum dimiliki.
Dr. Fie berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Selasa.
Apabila ditanya lanjut mengenai kebenaran khabar angin itu, Dr.Fie sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan dirinya sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan adalah tidak benar.
Tidak.
Untuk rekod, Dr. Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember 2025.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, serta Afzan Nayille, 4.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
