berita

Dr Amalina Salah Seorang Anggota Pasukan Vaksin Di UK

April 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak jangkitan wabak Covid-19 semakin berleluasa, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencari penawar. Antara negara yang sedang berusaha mencari penawar virus berkenaan adalah United Kingdom. Lebih mengejutkan, salah seorang dari doktor pakar dalam bidang penyelidikan yang turut serta dalam operasi mencari penawar itu ialah Dr Amalina Che Bakri.

Terlibat dalam merekrut

Percubaan vaksin pertama UK, diketuai Dr Katrina Pollock, telah bermula di NIHR Kemudahan Kajian Klinikal Imperial di Kolej Imperial.

Saya terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada mereka untuk beberapa minggu akan datang.

Berita tersebut disampaikan sendiri olehnya melalui laman Twitter. Dia mengatakan bahawa percubaan pertama vaksin telah dijalankan. Selain itu, penglibatan dirinya melibatkan pencarian sukarelawan yang sihat untuk diberi vaksin kepada mereka.

Kerajaan UK peruntuk 121 juta Ringgit

Kolej Imperial melalui laman web rasmi mereka mengatakan bahawa kerajaan UK telah memperuntukkan 121 juta Ringgit untuk mempercepatkan pembangunan vaksin. Di samping itu, Dr Amalina turut mengatakan kepada sesiapa yang tinggal di UK dan berminat untuk menjadi sukarelawan kesihatan, mereka boleh baca terma dan syarat di sini.

Sumber: Dr Amalina, Kolej Imperial

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×