Selepas hampir seminggu lebih isu nafkah anak diperkatakan, akhirnya bekas suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz tampil ke depan dan membuka mulut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Masuk Campur Isu Nafkah Anak’ – Lufya Omar Tegur Kekasih Bekas Suami
Saya lagi kenal Lufya!
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hafiz menyangkal dakwaan yang dilemparkan oleh Lufya terhadap dirinya.
Tegas Hafiz, dia langsung tidak terkejut apabila dakwanya Lufya sanggup berbohong dengan membuat kenyataan palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat.
Pertama kali saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Saya lebih mengenali siapa diri dia.
Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong kepada belah pihak saya seperti isu soal nafkah anak.
Sebab apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh dia adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendak dia sendiri.
Sudah melampau!
Selain itu, Hafiz menekankan dia sedar tanggungjawabnya sebagai bapa. Katanya, dia tidak pernah mengabaikan nafkah kepada anak perempuan tunggalnya, Laana Haura.
Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti tahu akan tanggungjawab dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri.
Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak mahkamah. Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukannya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial yang di mana perkara sebegini boleh menimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya.
Dalam pada itu, Hafiz menyatakan niatnya cuma ingin mencari jalan penyelesaian bukan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tegang.
Saya dan bakal isteri niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada) tetapi telah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.
Be more professional dan jangan libatkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal isteri.
Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Sumber: Instagram @drchehafiz