Pelakon Lufya Omar menegaskan tindakan kekasih kepada bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz membuat laporan polis atas dakwaan dia mengganggu kehidupannya sangat tidak masuk akal.
Artikel Berkaitan: Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Kena Pukul Dengan Batang Kayu
Artikel Berkaitan: Rasa Teraniaya Hampir 3 Tahun Berjuang Tuntut Nafkah Anak, Lufya Dedah Hakim Batalkan Kes – ‘Rupanya Peguam Tak Hadir’
Bukan saya hubungi dia dulu
Memetik laporan Melodi, Lufya berkata wanita yang juga merupakan seorang pelakon itu menghubungi dirinya terlebih dahulu kerana ingin berbincang soal nafkah Laana Haura.
Kata Lufya, 37, dia dituduh telah memasang pengintip (spy) untuk mengawasi gerak geri pelakon yang tidak didedahkan nama itu.
Saya pergi ke balai polis. Yang lucunya, saya pula yang dituduh mengganggu orang itu. Tak masuk akal sebab dia yang nak jumpa saya personally, dia juga mesej saya untuk bercakap soal nafkah anak.
Mula-mula saya balas juga suruh nasihat bakal suami (Hafiz) selesaikan baki tertunggak. Bila fikir balik, kenapa saya perlu berurusan dengan dia, jadi saya terus block.
Dia buat laporan tetapi tak ada bukti yang menunjukkan saya ganggu dia. Dia kata saya pasang ‘spy’ ambil gambar dia padahal saya dapat dari orang lain.
Dah lama pun saya tahu, saya tak masuk campur pun. Saya tak pernah ambil tahu. Buat apa saya pasang spy, bukan murah nak bayar. Baik bayar tuisyen anak saya.
Bukan urusan kamu!
Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar menegaskan kekasih bekas suaminya itu tidak seharusnya masuk campur dalam urusan nafkah kerana dia orang luar.
Awak siapa yang saya nak ambil tahu? Pertuduhan itu tanpa bukti. Jangan kacau saya dengan anak! Jangan masuk campur isu nafkah anak. Bukan urusan kamu.
Saya doakan urusan kamu berjaya. Fokus berlakon, jaga diri baik-baik. Kalau dia (Hafiz) suruh ke depan, kamu cakap sibuk dengan berlakon.
Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official