Pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar mengakui pernah mempersoalkan takdir Tuhan serta berasa rendah diri dengan penampilan fizikalnya sewaktu kecil.

Artikel Berkaitan: Dr Malar Bercuti Bersama Keluarga, Enggan Ungkit Isu Didakwa Rendahkan Golongan SPM – ‘Let’s Move On’

Artikel Berkaitan: Isu Didakwa Merendahkan Golongan SPM, Dr Malar Mohon Maaf Kepada Faiz Soul – ‘Jika Mahu Unfollow Saya Terima’

Persoal takdir

Menerusi hantaran di Threads, Dr. Malar berkongsi dia pernah melalui fasa sukar apabila sering mempersoalkan mengapa dirinya dilahirkan bertubuh kecil, berkulit gelap dan kurus sehingga membuatkan dia merasakan dirinya tidak sebertuah orang lain.

Pernah rasa kecil hati dengan Tuhan. Pernah bertahun-tahun tertanya-tanya kenapa saya dilahirkan bertubuh kecil, berkulit gelap dan kurus kering. Kenapa saya bukan insan yang lebih bernasib baik? Kenapa saya?

Bila sudah dewasa, kerjaya semakin stabil dan dipertemukan pula dengan cinta hati yang tidak pernah jemu memanggil saya ‘isteriku yang cantik’, barulah saya belajar untuk berdamai dengan takdir.

Bagaimanapun, Dr Malar berkata perjalanan hidup yang dilalui sedikit demi sedikit mengubah cara pandangnya terhadap diri sendiri sehingga dia akhirnya menerima segala ketentuan dengan hati terbuka.

Dalam hantaran sama, Dr Malar turut mengakui sehingga kini dia masih berasa janggal menerima pujian mengenai rupa parasnya kerana menganggap kecantikan bukanlah kelebihan yang dimilikinya.

Sehingga hari ini, saya masih sukar menerima pujian apabila orang mengatakan saya cantik. Saya hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih, tetapi jauh di sudut hati masih berbisik, ‘Kecantikan bukan kelebihan saya. Mungkin kebijaksanaan, tetapi bukan kecantikan.

Perkongsian itu nyata mengundang perhatian ramai yang memuji kejujuran Dr Malar berkongsi kisah perjuangannya menerima diri sendiri, selain menyifatkan keyakinan dan keperibadiannya sebagai inspirasi kepada orang ramai.

Dr Malar menulis luahan tersebut sebagai respons kepada satu hantaran seorang pengguna Threads yang bertanyakan, “Apa perasaan tak cantik dan tak kacak?”

Sumber: Threads