
Semalam, pempengaruh media sosial, Cik Epal mencuri perhatian apabila memuat naik gambar wajahnya yang luka didakwa akibat dicakar isteri kepada bekas suaminya, Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi.
Rentetan itu, ada yang menganggap Cik Epal menipu kerana keadaan wajahnya itu jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan gambar yang dikongsikan Jofliam.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Kongsi Luka Di Wajah, Dedah Pernah Kongsi Bayar Sewa Rumah Dengan Jofliam – ‘Kau Ingat Aku Hamak Sangat Ke?’
Luka belum jadi ‘final form’
Terbaharu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Raihana Ismail tampil memberikan pendapatnya mengenai perkara tersebut menerusi aplikasi Threads.
Jelas Dr. Raihana, keadaan luka pada wajah Cik Epal seperti yang dikongsikan Jofliam masih belum kelihatan kerana masih belum berubah menjadi ‘final form’.
Badan manusia bukan ‘photoshop’. Bila kena cakar, kulit ambil masa sikit untuk bertindak balas.
Kau cakar diri kau sekarang, kau tak boleh ‘expect’ tindak balas keluar dalam masa tiga saat.
Cik Epal tak buat-buat
Tambahnya lagi, dia tidak bersetuju bila ada pihak mendakwa Cik Epal sengaja mengadakan cerita mendakwa wajahnya luka akibat dicakar.
Perjelasnya lagi, luka yang terhasil tidak akan terbentuk secara serta-merta dan akan mengambil masa disebabkan proses yang dipanggil radang.
Itu bukan Cik Epal buat-buat, itu badan dia yang tengah buat kerja ya.
Jadi yang tuduh dia menipu itu mungkin otak dia lambat sikit proses.
Luka ini bukan serta-merta, dia ambil masa. Bengkak itu datang sebab proses radang (inflammation).
Terdahulu, Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood mendakwa dikasari Dewi ketika mengambil barangan di rumahnya pada Isnin.
Tidak hanya itu, Dewi juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Threads