![[VIDEO] ‘Bagi Je Lah Bro..Beli Barang Baru Bukan Hang Tak Mampu’ – Caprice Nasihat Jofliam, Kesal Anak-Anak Jadi Mangsa](https://media.ohbulan.com/2025/04/caprice-24.jpg)
Personaliti media sosial, Caprice memberikan pendapatnya berhubung konflik yang berlaku antara usahawan piza Jofliam dan isteri Emira Delyati Dewi dengan bekas isterinya, Cik Epal.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dakwa Mata Luka Dicakar Dewi, Dilarang Ambil Barang Peribadi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dewi Kongsi Kronologi Sebenar, Dakwa Cik Epal Mengamuk & Campak Barang Rumah – ‘Dia Tarik Saya Hemp*p Ke Lantai, Cak*r Muka’
Pendapat Caprice
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dihujani dengan mesej daripada warganet berhubung isu tersebut.
Banyak gila DM masuk, saya ingat kes jenayah besar yang berlaku rupanya tentang Cik Epal dan Jofliam.
Menurut Caprice, pertelingkahan tersebut tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial.
Pada saya tak perlu pun bergaduh dekat sosial media.
Bagi je lah bro..penat tengok drama ni dekat media sosial.
Anak jadi mangsa
Dalam pada itu, Caprice turut menasihati Jofliam agar memulangkan sahaja semua barang milik Cik Epal tanpa mencetuskan sebarang pergaduhan.
Sebagai lelaki dan anak jantan, bagi sahajalah Jofliam apa sahaja barang dia yang dituntut. Tak kisahlah peti ais, pinggan atau beg tangan sekalipun.
Kau boleh je mulakan hidup baru dengan isteri baru. Beli sahaja barang baru, bukan hang tak mampu.
Tak ada satu barang pun yang boleh dibawa ke dalam kubur, daripada bergaduh dekat sosial media.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story pula, Caprice menyatakan rasa simpati terhadap anak-anak mereka yang terkesan akibat pertelingkahan tersebut.
Kesian anak-anak. Apabila ibu bapa bergaduh, mangsa yang sebenar adalah anak-anak.
Terdahulu, Cik Epal mendakwa dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam.
Tidak berdiam diri, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Jofliam dan Dewi pula bernikah pada 5 April lalu.
Sumber: IG Caprice