
Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr. Rozaimi Ramle menegur sikap segelintir individu yang meninggalkan ulasan tanpa pernah merasa produk atau menggunakan perkhidmatan sesebuah premis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ingat Khairul Aming Buka Mall Ke?’ – Netizen Anggap Permintaan Sediakan Bilik Penyusuan Di Restoran Rembayung Melampau
Artikel Berkaitan: Restoran Khairul Aming Belum Dibuka, ‘Google Review’ Sudah Dibanjiri Ulasan Positif
Teguran

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Dr. Rozaimi berkongsi ulasan palsu yang dibaca di platform Google buat restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming.
Menurut Dr Rozaimi, hukum tindakan individu yang cuba menjatuhkan perniagaan dengan memberi ulasan palsu adalah haram.
Ada yang memberi review palsu ataupun memberi review pada perkara dia tidak pernah ada pengetahuan pun tentang kualiti produk atau servisnya.
Terbaru saya melihat dalam laman sosial, ada pihak yang memberikan rating hanya 1 bintang pada kedai Khairul Aming.
Walhal restoran itu belum beroperasi lagi.
Ini menunjukkan mereka belum menerima servis daripada kedai tersebut, tapi telah memberikan 1 bintang atau review palsu.
Ketahuilah kesemua perkara ini hukumnya haram.
Dalam pada itu, Dr Rozaimi mengingatkan bahawa setiap tindakan yang dianggap kecil itu memberi impak besar kepada orang lain.
Memberi penyaksian palsu ataupun kata-kata palsu merupakan salah satu dosa besar dalam agama. Nampak kecil, namun impaknya besar.
Beringatlah. Jangan zalimi orang.
Sumber: Facebook @DrRozaimiRamle






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

