Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming memaklumkan restoran miliknya, Rembayung tidak menyediakan bilik atau ruang penyusuan.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Mohon Maaf ‘Rembayung’ Tiada Kekosongan – ‘Lebih 3,000 Resume Masuk Tanpa Henti, Terharu’

Artikel Berkaitan: Restoran Khairul Aming Belum Dibuka, ‘Google Review’ Sudah Dibanjiri Ulasan Positif

Restoran mesra budak

@cheqmanes

Senang mak ayah nak tukar pampers kalau anak yakyak.. Jarang kedai makan nak provide benda ni selain dari mall. #khairulaming #tipsbisnes #tipsbisnesonline

♬ suara asli – ⚡️BAPAK KOMPLEX – ⚡️BAPAK KOMPLEX

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat mengulas pertanyaan netizen mengenai restoran yang mengamalkan ‘baby-friendly’.

Bilik penyusuan tiada.

Tapi kalau nak tukar lampin bayi, kita ada sediakan baby board.

Dalam tandas itu disediakan lengkap seperti sinki dan tong sampah.

Lepas cuci, boleh sambung makan.

Bagaimanapun, isu ini menerima kecaman daripada netizen yang beranggapan bilik penyusuan di Restoran Rembayung satu permintaan yang keterlaluan.

Netizen tak setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati golongan ibu untuk membeli kain penutup (nursing cover) bagi mempermudahkan mereka ketika menyusu bayi masing-masing.

Selain itu, warganet turut meluahkan rasa berang berikutan permintaan tersebut disifatkan melampau seolah-olah pempengaruh berusia 33 tahun tersebut akan membuka pusat membeli-belah.

Sumber: TikTok @cheqmanes