
Nama seorang doktor klinik estetika, Dr Wong Lu Yang tiba-tiba menjadi bualan hangat wargamaya selepas dikaitkan dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit bersama pekerjanya.
Artikel Berkaitan: Fitri Haris Nafi Curang, Tepis Dakwaan Gosip Penyanyi Nasyid Ada Skandal Wanita Umur 20 – ‘Itu Bukan Saya’
Tampil mohon maaf

Enggan terus berdiam diri, Dr Wong akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi satu hantaran video di Facebook.
Menurutnya, dia dan isteri mula menerima pelbagai video serta gambar berkaitan isu tersebut kira-kira tiga bulan lalu, sebelum menjadi tular di media sosial.
Namun begitu, Dr Wong memilih untuk tidak mendedahkan identiti pihak yang menghantar bahan terbabit.
Kepada orang ramai, rakan-rakan dan ahli keluarga, saya ingin memohon maaf kerana telah membuat anda semua risau dan juga membazirkan banyak sumber tenaga serta masa anda.
Dalam pada itu, isteri Dr Wong dikatakan memilih untuk memaafkan dan memberikan peluang kedua buatnya demi memperbaiki kembali rumah tangga mereka.
Dalam masa sama, Dr Wong turut memaklumkan kes tersebut kini masih dalam proses undang-undang.
Justeru, dia berharap agar semua pihak menghormati ruang privasi keluarganya dan tidak mengaitkan anak-anak dengan isu berkenaan.
Kepada isteri saya, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih dan juga maaf. Saya harap semua orang dapat menghormati keputusan pemaafan ini. Jangan libatkan anak-anak serta keluarga kami.
Difahamkan, Dr Wong juga telah digantung tugas sebagai Presiden NGO JCI cawangan Kota Bharu, Kelantan berikutan kontroversi yang tercetus.
Sumber: Facebook








![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)