
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas lanjut ekoran penglibatan umat Islam bagi aktiviti ‘Secret Santa’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Zulkifli Kongsi Tentang Azam Tahun Baharu – ‘Orang Yang Tak Ada Cita-Cita, Sebenarnya Dia Sudah Mati’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Zulkifli Mohamad Hadiahkan Buku Buat Fattah Amin & Amira Othman, Netizen Sifatkan Momen Mahal – ‘Selalu Dikelilingi Orang Soleh’
Boleh ke ikuti program secret santa?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zulkifli Al-Bakri memaklumkan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti seperti Secret Santa.
Ujarnya, umat Islam perlu berusaha untuk meminta pengeculian agar tidak menormalisasikan aktiviti agama Kristian.
Kami katakan bahawa menyertai program Secret Santa yang dianjurkan oleh syarikat adalah dilarang.
Kami sarankan agar saudara yang bertanya berusaha meminta pengecualian dari majikan tempat saudara bekerja atas dasar hormat kepada akidah dan keimanan terhadap agama Islam.
Menyertai program tersebut boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah tohmahan masyarakat Islam, seakan kita sememangnya berniat untuk menormalisasikan sambutan perayaan agama lain.
Dalam pada itu, Zulkifli Al-Bakri turut mengingatkan supaya berhati-hati dalam setiap perkara bagi mengelakkan iman terjejas dan tidak terdorong ke arah yang bertentangan.
Kami nasihatkan agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman kita atau mendorong ke arah kekufuran.
Ingatlah bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad apabila berbuat syirik, dan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.
Semoga keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan kita kerana perkara yang tidak kita ketahui, diampunkan oleh Allah SWT.
Sumber: Threads @drzulkifli.albakri