berita

Dr Zulkifli Sah Positif Covid-19

October 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi status Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakribeliau memaklumkan sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Positif Covid-19

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

Jelas Dr Zulkifli beliau dalam keadaan yang baik dan menyeru orang ramai untuk segera menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 jika menghadiri sebarang majlis yang dihadiri oleh beliau bermula 24 September hingga 4 Oktober.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SKIP THIS AD ×