berita

Dr Zulkifli Ulas Filem Mentega Terbang Dari Sudut Agama

March 7th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Menyedari kepentingan untuk menjawab setiap persoalan yang diutarakan oleh orang ramai lebih-lebih lagi melibatkan isu agama, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil mengulas isu melibatkan filem kontroversi Mentega Terbang.

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Macam Nak Bagi Penampar Dekat Pelakon Melayu Mentega Terbang’ – Awie Berang?

Artikel Berkaitan: ‘Demi Menjaga Akidah Umat Islam Di Malaysia Saya Akan Lawan’ – Zabidi

Cetus kebimbangan

Menerusi laman sesawang Zulkifli Al-Bakri, Bekas Menteri Hal Ehwal Agama ini mengeluarkan hujah beliau berikutan kebimbangan yang dicetuskan oleh filem tersebut terhadap agama Islam dan sensitiviti kaum di negara ini. Bukan itu sahaja, konsep dan cara penyampaian cerita berkenaan dianggap boleh disalah erti selain memesongkan akidah.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan watak-watak dalam filem terbabit turut mengetengahkan beberapa nilai positif. Namun, hal itu bukanlah satu tiket untuk menyampaikan mesej yang berunsur mempersendakan agama.

Saya bukan orang filem untuk menilai kualiti sesebuah filem. Tapi saya tahu, karya seni yang baik akan menyampaikan maksud dalam dua pendekatan iaitu teks dan subteks. Ia perlu direnung dan dirasakan berdasarkan ilmu, pengalaman dan kerangka pemikiran seseorang.

Tindakan pantas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menegaskan bahawa filem ini ‘bertentangan dengan akidah’ adalah maklum balas yang wajar.

Filem Mentega Terbang berkenaan menimbulkan pelbagai bentuk keraguan yang mungkin bertujuan untuk bersikap kritis terhadap agama dengan mengabaikan keterbatasan mereka dari sudut ilmu, pengalaman, dan pengaruh sekeliling.

Akan tetapi, terlalu banyak unsur memperlecehkan agama Islam dan agama-agama lain yang saya temui dalam filem ini.

Saya yakin, tidak ada penganut Kristian yang baik dan cakna dengan sensitiviti, sanggup membawa masuk anjing ke dalam kawasan rumah seorang Muslim. Saya juga yakin, seorang Hindu yang baik juga tidak akan memakan daging lembu sebagaimana yang diperlakukan.

Sumber: Zulkifli Al-Bakri

SKIP THIS AD ×