Pelakon Diana Danielle menyambut baik kewujudan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) untuk anak yang berusia lima hingga 11 tahun.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Tambah Ahli Keluarga, Ingin Fokus Perkembangan Anak – ‘Pada Usia Inilah Mereka Perlukan Bimbingan & Input’
Tak demam & sakit badan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Diana mendedahkan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora sudah menerima suntikan vaksin pada Sabtu lalu.
Menurut Diana, 31, dia bersyukur kerana anaknya berada dalam keadaan sihat selepas disuntik.
Kata pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, anak-anaknya teruja untuk divaksinasi kerana mereka beranggapan tidak lagi perlu memakai pelitup muka.
Secara rasmi sudah divaksin dua hari lepas, tiada langsung demam, menggigil atau sakit-sakit badan alhamdulillah.
Saya masih ingat tahun lepas apabila mereka akhirnya mengeluarkan tarikh untuk kanak-kanak bawah 12 tahun untuk ambil suntikan vaksin, anak-anak dan saya tidak sabar.
Anak-anak fikir selepas mendapatkan vaksin, mereka tidak perlu lagi memakai pelitup muka.
Muhammad buat drama kat PPV
Dalam pada itu, isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil memberitahu biarpun masing-masing rela hati untuk mendapatkan vaksin namun tetap ada kekecohan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Mereka baru sembuh daripada selesema jadi saya memberitahu mereka bahawa mereka masih boleh dijangkiti, walaupun selepas mendapat suntikan.
Itu cerita vaksin kami, saya sumpah ada drama besar di PPV dengan budak berbaju merah tetapi dia akan membaca hantaran ini jadi apa yang saya boleh katakan ialah…. tiga pegawai perubatan terpaksa memegangnya dan kaca boleh pecah kerana jeritannya.
Terdahulu, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram @dianadanielleb