berita

‘Dua-Dua Salah Sebab Buat Dosa..’ – Adik Dikritik, Anak Lelaki Nora Buka Mulut

September 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, penyanyi terkenal iaitu Nora Ariffin mengaku anak perempuannya merupakan individu dalam video bercumbu yang viral di Twitter. Sebagai ibu, dia akan berusaha mendidik anak menjadi yang terbaik.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mengaku Itu Anak Saya’ – Viral Video Pasangan Bercumbu, Nora Ariffin Buka Mulut

Terbaru, anak lelaki Nora turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap adiknya itu. Dia sebagai seorang abang bertanggungjawab memberi pengajaran kepada adik-adiknya.

Dalam usaha membendung

Menerusi perkongsian di Twitter, itsMoshmellow memberi respon kepada video viral yang dikaitkan dengan adik perempuannya sehingga mendapat pelbagai kritikan daripada netizen. Menurutnya, dia dan keluarga sedang berusaha untuk membendung masalah ini.

Dalam kesempatan itu, dia turut meninggalkan pesanan kepada orang ramai yang mempunyai anak atau adik perempuan supaya lebih berhati-hati. Malah, dia berpesan kepada individu yang mengeruhkan lagi keadaan agar berjaga-jaga pada masa akan datang.

‘Ye adik aku salah’

Sementara itu, individu ini memaklumkan bahawa mereka akan bercakap mengenai lelaki di hadapan adik perempuannya apabila dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Dia mengakui adik perempuannya itu masih kecil dan mudah terpengaruh dengan trend semasa. Dia berharap agar individu lelaki yang berada dalam video itu juga akan berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

‘Akan bersemuka dengan keluarga lelaki’

Respon netizen

Telefon bimbit sudah diambil

Menjengah ke ruangan komen, lelaki ini turut memberi respon terhadap pertanyaan serta pendapat yang diutarakan oleh netizen. Tambahnya lagi, perkara pertama sekali yang dilakukan mereka sekeluarga adalah dengan merampas telefon bimbit dan laptop adik perempuannya itu.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka masih membenarkan gadis itu menggunakan laptop atas urusan kerja sekolah. Mereka juga akan sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya adik perempuannya itu akan berubah ke arah yang lebih baik.

‘Semua bash adik aku’

‘Syabas jika anda dah ambil tindakan’

Sumber: itsMoshmellow

SKIP THIS AD ×