Baru-baru ini viral di Twitter mengenai satu video yang memperlihatkan sepasang kekasih bercumbu telah mengundang kecaman netizen.
Terbaru, penyanyi terkenal Nora Ariffin mengakui gadis dalam video viral itu adalah anak perempuannya.
Nora Ariffin mengaku
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Nora di Instagram, dia meluahkan rasa terkilan dengan kejadian tersebut. Menurut Nora, sebagai seorang ibu, dia telah berusaha mendidik, mengajar dan memberi ilmu kepada anak-anaknya tetapi sudah menjadi lumrah, setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Tambah Nora lagi, anak perempuannya itu masih muda dan banyak lagi perkara perlu dipelajari untuk meneruskan kehidupan. Sementara itu, Nora berdoa agar anak perempuannya itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi seorang manusia yang lebih baik pada masa akan datang. Dia juga berharap agar orang ramai memberi ruang kepada gadis untuk mendapatkan ketenangan.
‘Saya dipaksa’
Sebelum ini, gadis ini pernah menjelaskan bahawa dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dicium lelaki tersebut. Walau bagaimanapun kerana terkejut, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia juga mendakwa telah memutuskan hubungan percintaan dengan kekasihnya itu.
Sumber: Nora Ariffin, Twitter