

Dua individu disahkan maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah treler berhampiran Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang pada Selasa malam.
Artikel Berkaitan: Tragedi Nahas 5 Beranak, Suami Reda – ‘Terima Kasih Allah Untuk Tempoh 24 tahun Hidup Bersama Mereka’
Kereta terputus, seorang rentung

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut disahkan jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang yang mendapat panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan yang berlaku.
Difahamkan, sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipercayai bertembung dengan treler terputus dua sebelum terbakar sekaligus meragut nyawa dua individu yang berada dalam kenderaan berkenaan.
Seorang mangsa lelaki dipercayai pemandu kereta itu tercampak keluar dari kenderaan berkenaan, manakala mangsa wanita tersepit dan terbakar di dalam kereta itu.





![[VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Kemesraan Mawar Karim Bersama Dua Anak Fizo Omar & Fazeera – ‘Mulia Hatinya’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_3305.jpeg)
![[VIDEO] Shahida Penat Dengar Aliff Syukri Asyik Sebut ALF 1, Terus Beli Nombor Plat Cecah 1 Juta – ‘Nilai Pasaran Boleh Meningkat’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-shahida.jpg)

