berita

[VIDEO] Tali Rel Lif Putus, 5 Pekerja Resort Maut

September 4th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Baru-baru ini di Bali, Indonesia seramai lima orang pekerja dilaporkan meninggal dunia selepas tali rel lif yang dinaiki oleh mereka terputus dalam kejadian.

Artikel Berkaitan:Kanak-Kanak 14 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12

Kegagalan lif berfungsi

Memetik laporan CNN Indonesia, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu yang berpunca daripada tali lif terputus menyebabkan lima orang pekerja resort maut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Menurut saksi kejadian, mereka sempat melihat kelima-lima mangsa menaiki lif bersama-sama. Setelah itu, mereka mendengar teriakan dan bunyi hentakan yang kuat.

Kelima-lima mangsa berusia antara 19 hingga 24 tahun iaitu Sang Putu Bayu Adi Krisna (19), Ni Luh Supernigsih (20), I Wayan Aries Setiawan (23), Kadek Hardiyanti (24), dan Kadek Yanti Pradewi (19).

Ketua Polis Pesuruhjaya Ubud, Made Uder berkata kemungkinan faktor kecuaian pihak pengurusan dan juruteknik yang tidak melakukan penyelenggaran secara berterusan.

Tambahnya lagi, tali lif tidak cukup kuat untuk menarik beban yang berat ke atas dan brek tidak berfungsi menyebabkan lif menggelongsor ke bawah pada kelajuan tinggi.

Difahamkan, tiga mangsa dihantar ke Hospital Besar Wilayah manakala dua lagi di Hospital Ari Canti, Ubud. Namun, nyawa mereka gagal diselamatkan dan disahkan meninggal selepas menerima rawatan.

Video

@ekawiryadamma rekaman cctv detik detik kejadian tragis lift terjun ke jurang yang menewaskan 5 orang pegawai, semoga korban mendapat tempat yang layak dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan ? Dumogi Amor Ing Acintya ? #ayuterraresort #kecelakaanlift ? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×