berita

Dua Kematian Akibat Covid-19 Di Malaysia Hari Ini, Salah Seorang Hadiri Himpunan Tabligh

March 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 120 kes baru mengenai wabak Covid-19 dilaporkan setakat jam 6 petang. Penambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes yang berlaku di Malaysia sebanyak 673 kes.

Dua kes kematian

Selain penambahan kes baru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan bahawa terdapat dua kes kematian berhubung wabak tersebut, Kes pertama merupakan seorang lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun. Menurut sumber, individu tersebut merupakan kes ke-178 dan merupakan salah seorang individu yang hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Mangsa mula menunjukkan simptom pada 5 Mac 2020 dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan mangsa semakin merosot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Manakala satu lagi kes kematian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang mempunyai sejarah kronik. Mangsa menunjukkan gejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini juga.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaporkan bahawa kes terbaru yang dikesan mempunyai hubung kait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Mengenai kes yang telah sembuh, KKM mengesahkan bahawa 7 lagi pesakit telah sembuh dan menjadikan angka pesakit yang sembuh sebanyak 49 orang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×