berita

Dua Murid Sekolah Rendah Hampir Diculik Di Luar Pagar Sekolah

September 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dua murid sekolah rendah mendakwa hampir menjadi mangsa culik dua individu yang tidak dikenali mereka dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan baru baru ini.

Dua murid hampir diculik

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang iaitu Superintenden Sik Choon Foo, pihaknya telah menjalankan siasatan selepas tular pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perkara tersebut. Menurut sumber, insiden tersebut dipercayai berlaku pada waktu (selepas Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) dan di lokasi yang sama iaitu di hadapan pagar sekolah berkenaan.

Kedua-dua murid terbabit dipanggil oleh dua lelaki yang tidak dikenali untuk menaiki kenderaan mereka. Dalam kejadian pertama Isnin lalu, dua lelaki terbabit didakwa menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih yang berada di seberang jalan telah memanggil murid perempuan itu.

Bagi kejadian kedua pula, dua lelaki itu menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu didakwa bertindak memanggil seorang murid lelaki. Bagaimanapun, kedua-dua murid itu tidak menghiraukan panggilan berkenaan.

Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis memaklumkan akan melakukan rondaan dan pemantauan semasa sesi persekolahan tamat pada tengah hari dan petang iaitu selepas KAFA.

Kami juga berharap tiada sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut dan boleh berhubung terus dengan pihak polis di talian 011-5551 8768.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×