berita

Dua Pelajar Universiti Maut Disambar Petir Ketika Berkhemah

February 26th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Dua individu maut selepas disambar petir ketika berkhemah di Tapak Perkhemahan Batu Kuda, Indonesia pada 23 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: Misteri Bau Busuk Dalam Tong Dram Terbongkar! Rupanya Ada Mayat Warga Emas Tanpa Kaki & Tangan, Cebisan Daging Berterabur

Maut disambar petir

Memetik laporan Detik Jabar, kejadian tersebut melibatkan tiga orang mangsa yang merupakan mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan Geologi dan ahli kumpulan kelab pencinta alam di Universiti Padjajaran. 

Menurut Ketua Pesuruhjaya Polis Bandung, Kusworo Wibowo, mangsa iaitu Mitzelion Rayi Adimastya Putra, 20 dan Bangkit Alyuda Prasetyo, 19, bersama dua pelajar lain berkhemah sebagai satu daripada tugasan yang perlu dilaksanakan.

Ketika kejadian, hujan lebat disertai petir. Mereka cuba keluar dari khemah, namun disambar petir menyebabkan tiga daripada mereka terbaring dan menjerit kesakitan.

Susulan daripada itu, ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke hospital namun dua disahkan meninggal dunia dan seorang lagi masih menerima rawatan.

Sumber: Detik Jabar, CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×