berita

Misteri Bau Busuk Dalam Tong Dram Terbongkar! Rupanya Ada Mayat Warga Emas Tanpa Kaki & Tangan, Cebisan Daging Berterabur

February 26th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pihak polis di India menemui mayat seorang wanita warga emas tanpa kaki dan tangan yang disorok di dalam tong dram berhampiran KR Puram pada petang Ahad.

Mayat dalam tong dram

Memetik laporan India Today, mayat mangsa yang berusia 65 tahun itu hanya terbongkar selepas penduduk setempat menghidu bau busuk dari tong dram terbabit. Susulan daripada itu, mereka tampil membuat laporan polis. Difahamkan, turut ditemui adalah cebisan mayat mangsa yang berterabur di satu kawasan berdekatan rumah terbiar.

Hasil siasatan awal mendapati, tubuh badan mangsa telah dikerat kepada beberapa bahagian dan tangan serta kaki mangsa dipercayai dibuang suspek di tempat lain. Sementara, bahagian badan mangsa diletakkan di dalam tong dram terbabit.

Menurut sumber, mangsa tinggal bersama anak perempuannya di sebuah flat berdekatan dengan lokasi kejadian. Siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan ini masih dijalankan dan pihak polis kini giat mengenal pasti identiti suspek.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×