berita

Dua Tahun Tak Boleh Beraya Dengan Keluarga, Pagi Raya Nanti Korang Wajib Buat 5 Perkara Ini

March 14th, 2022 | by Haidatina aznam
Shout Out!

Seperti mana yang kita tahu, keriangan Hari Raya Aidilfitri sejak dua tahun lalu agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. Mana taknya, hanya duduk di rumah sahaja dan tidak dapat menziarahi sanak-saudara.

Raya tahun ini pasti meriah dan korang mesti dah tak sabar nak lakukan 5 perkara ini pada pagi raya nanti!

1. Sembahyang raya di masjid atau pun surau

Seperti mana yang kita tahu, jumlah jemaah untuk menunaikan solat hari raya di masjid telah dihadkan mengikut peraturan yang ditetapkan ketika PKP.

Tapi raya tahun ini pasti berbeza apabila kerajaan telah membenarkan kapasiti penuh di masjid mahu pun surau. Bukan itu sahaja, penjarakan fizikal di masjid atau pun surau tidak lagi dipraktikkan sejak negara menuju ke Fasa Peralihan Endemik berkuatkuasa 1 April nanti.

Jadi ambil peluang ini untuk pergi menunaikan solat Aidilfitri di masjid bersama keluarga tersayang. Inilah masa terbaik untuk imbau kembali memori indah bersama keluarga.

2. Berjumpa & bermaaf-maafan

Hari Raya Aidilfitri 2022 menjadi titik permulaan bagi sanak-saudara berjumpa secara fizikal setelah dua tahun tidak bersua berikutan larangan merentas negeri. Peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan ia secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim.

Jika sebelum ini pertemuan hanya disaksikan menerusi lensa kamera tetapi berbeza pula kali ini apabila anak-anak dapat pulang ke kampung dan meraikan perayaan ini bersama ibu bapa tersayang. Selain daripada itu, ahli keluarga boleh bermaaf-maafan secara terus dan dapat meluahkan apa yang terpendam selama ini.

Bukan itu sahaja, duit raya yang sebelum ini dikirim terus ke dalam akaun boleh ditukar kepada duit raya fizikal yang secara tidak langsung memberikan mood raya semula terutamanya kepada kanak-kanak. Pasti mereka suka!

3. Aktiviti ziarah kubur

Sudah menjadi aktiviti wajib menziarahi kubur sanak-saudara yang telah meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kalau korang nak tahu, hukum asal ziarah kubur untuk lelaki disunatkan berdasarkan hadis Rasululullah SAW.

Sabda baginda SAW: “Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, sekarang maka ziarahlah kerana ia boleh mengingatkan kamu kepada akhirat.” (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi menyatakan, hadis di atas tidak menyatakan waktu atau bilangan tertentu ketika menziarahi kubur. Adapun, hukum ziarah kubur untuk wanita, terdapat perbezaan dalam kalangan ulama. Ada pandangan yang membenarkan dan sebaliknya.

Jika dibenarkan, maka perlu menjaga adab dan tatasusila ketika menziarahi kubur. Maka, hukum ziarah kubur pada pagi raya tanpa ada apa-apa iktikad kelebihan, menjaga sunah dan adab, maka ia diharuskan. Di samping itu, ia kembali kepada tujuan asal iaitu semata-mata mengingati kematian dan akhirat.

4. Makan bersama ahli keluarga

Detik makan bersama ahli keluarga di pagi raya sudah pasti dinanti-nantikan dan apa yang paling best sekali kita dapat jamah juadah raya setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Bukan itu sahaja, juadah-juadah raya seperti lemang, rendang, lontong, ketupat, dan nasi impit sukar untuk didapati pada hari-hari biasa dan ia menjadi lebih indah jika dimakan pada waktu raya.

Lazimya waktu seumpama ini ibu ataunenek kita akan bertungkus-lumus di dapur memasak menggunakan resipi istimewa turun-temurun peninggalan nenek moyang. Ibu juga akan memainkan peranan yang penting dalam menghidang juadah tersebut sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilftiri dan memastikan seisi keluarga kenyang dengan juadah yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

5. Ootd & bergambar seisi keluarga

Tahun ini korang tak perlu lagi menggunakan sebarang aplikasi untuk edit gambar sebab seisi keluarga dapat pulang ke kampung dan bergambar bersama. Bukan itu sahaja, korang juga boleh pakai pakaian sedondon berlatar belakangkan suasana kampung dan dapat berkongsi foto tersebut di media sosial.

Jadi, tunggu apa lagi, korang bolehlah tempah baju raya dan melaram sakan tahun ini selepas dua tahun menahan ‘nafsu’. Tapi korang kena ingat, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan bukan tiket untuk ingkar SOP yang telah ditetapkan.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×