berita

Dua Wanita Maut, Pikap Terjunam Dalam Sungai

October 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Satu kemalangan telah berlaku di mana, dua orang wanita maut selepas pikap dinaiki jatuh sungai di Kampung Semueh Baru, Jalan Lubuk Antu, Sarawak, semalam.

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Jatuh Gaung Ketika Mencari Kayu Api

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Dipanah Petir Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Identiti belum dikenal pasti

Menerusi laporan Harian Metro, buat masa ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada  jam 11.29 pagi.

Setelah menerima laporan, pihaknya terus menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan sebuah pikap terjatuh ke dalam sungai. Seorang lelaki dewasa yang juga pemandu dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Merindun sebelum pasukan bomba sampai.

Dua penumpang wanita dewasa turut dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya lagi, pihak bomba telah menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut.

Maklumat semua mangsa belum diketahui kerana tiada sebarang pengenalan diri dijumpai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×