
Pernikahan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun bersama wanita berusia 27 tahun, mencuri perhatian ramai sehingga tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tak Setuju Mak Nak Kahwin Lain, Anak-Anak Berpakat Tak Balik Beraya Di Kampung – ‘Kerja Diorang Nak Pinjam Duit Je’
Jarak usia 46 tahun

Memetik laporan Tribunnews, pasangan ini iaitu Sai’un dan Bunga Fitri telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2025 di Desa Padang Tambak, Indonesia.
Walaupun jarak usia yang memisahkan mereka sebanyak 46 tahun, perkahwinan ini dikatakan berlangsung atas dasar keserasian dan suka sama suka, bukan kerana harta, hutang, mahupun paksaan.
Bunga juga menolak dakwaan kononnya dia menerima lamaran duda tiga anak itu disebabkan faktor kewangan. Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa dia memilih Sai’un kerana merasakan lelaki itu sebagai seorang yang baik, bertanggungjawab dan mampu menerima dirinya seadanya.
Difahamkan, pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas dua minggu berkenalan.
Sementara itu, ibu Bunga iaitu Rosmala Dewi memaklumkan bahawa dia merestui perkahwinan anak perempuannya itu. Malah dia menafikan khabar angin yang mendakwa wujud paksaan dalam keputusan perkahwinan anaknya itu.
Tambah Rosmala lagi, dia tidak kisah dengan siapa Bunga berkahwin tetapi apa yang penting adalah kebahagiaan anaknya.
Kisah pasangan ini terus menjadi buah mulut netizen yang rata-rata terkejut namun turut mendoakan agar mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber: Tribunnews








