Seorang lelaki berstatus duda ditemui mati tergantung di kediamannya di Presint 11, Putrajaya, semalam (Selasa).

Artikel Berkaitan: Hantar Gambar Kain Tergantung Pada Kipas Dekat Tunang, Lelaki Hilang Lepas Cuba Bunuh Diri

Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Nepal Dengan Kesan Kelar Di Pergelangan Tangan Ditemui Atas Bumbung

Dilihat oleh jiran

Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 10.10 pagi itu, mangsa dipercayai merupakan seorang penjawat awam yang berusia 43 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, insiden ini dilaporakan oleh jirannya kira-kira jam 10.22 pagi selepas dia ternampak seorang lelaki tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumahnya.

Susulan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dikejarkan ke lokasi, kemudian memecah masuk ke kediamannya pada 10.58 pagi sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

Sumber: Harian Metro