berita

‘Duduk Atas Riba Sambil Tangan Dia…’ – Guru Dipenjara 24 Tahun, 6 Sebatan Seks Oral Dengan Murid

August 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang guru dipenjara 24 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan seks oral dengan pelajar. Memetik laporan Free Malaysia Today, dia didapati melakukan serangan seksual terhadap tiga pelajar di dalam kelas dua tahun yang lepas.

Pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berharap pihak sekolah membantu para pelajar yang menjadi mangsa serangan seksual. Hal ini kerana dibimbangi mangsa akan menjadi trauma dan ada sesetengah yang ketagih.

Mesej guru 6 tahun lepas

Dia turut mendedahkan pernah mendapat kiriman daripada seorang guru pada tahun 2018 mengenai kes ini. Pada 6 Ogos lalu, pelaku telah dijatuhkan hukuman secara berasingan oleh hakim Mazdi Abd Hamid dan Norsalha Hamzah iaitu penjara 8 tahun, yang berjalan serentak. Dia juga dikenakan 2 sebatan bagi setiap 3 orang kanak-kanak yang diserang.

Harap pihak sekolah bertindak segera

Sekadar gambar hiasan

2 tahun lepas saya pernah menulis pasal Ustaz Pedo ni. Oleh kerana masa tu kes dalam siasatan, maka akhirnya saya ambil keputusan untuk delete post berkenaan.

3 hari lepas, kawan saya update pasal kes ni. Bila baca laporan berita, barulah saya tahu ustaz jahat ni dah didakwa. Awalnya tak mengaku, kemudian baru mengaku.

Saya harap pihak sekolah bertindak segera membantu para pelajar yang menjadi mangsa. Dahlah semua mangsa budak lelaki. Risau akhirnya jadi trauma atau akan ada yang seronok buat benda yang sama pada kawan.

Itu jugalah yang saya dengar haritu. Asalnya jadi mangsa ustaz saitan ni, akhirnya buat benda yang sama dalam tandas dengan kawan, gara-gara rasa seronok dan ketagih.

Nekad lapor

Sekadar gambar hiasan

Hal macam ni banyak berlaku tuan puan. Nekad tak nekad je sekolah dan ibubapa panjangkan kes kepada pihak polis.

Kalau tutup bawah karpet, sex predator tu bebas je, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Paling koman, tukar ke PPD atau ke sekolah lain.

Dah 2020 dah ni. Harap semakin ramailah pentadbir sekolah yang membela mangsa dari pelaku tu sendiri walau beliau boleh jadi guru cemerlang. Dan itu antara ciri-ciri sex predator di sekolah.

Jika tidak, alumni sekolah akan bangkit dan lawan cikgu yang mencabul mereka dulu. Itulah kes yang viral di twitter bulan lepas.

Alumni dedahkan kes cikgu cabul mereka dulu dan berjuang demi adik-adik mereka di maktab.

Itu kalau mereka lawanlah. Tapi kalau mangsa tu lelaki, ada segelintir yang rasa syok dan sekarang dah jadi gay pun.

Sama macam kes ustaz ni, dia pun kata kat mahkamah pernah kena cabul masa kecil dulu.

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi , Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×