Penyanyi Zamani Ibrahim telahpun mendirikan rumah tangga dan sah menjadi suami kepada Nur Juliana pada September 2019. Malah, majlis pernikahan pasangan ini juga tidak dihebahkan ramai bagi menghormati permintaan keluarga masing-masing.
Terbaru, penyanyi lagu Kembali Terjalin ini dan isteri dijemput ke rancangan Wanita Hari Ini bagi berkongsi pengalaman mendirikan rumah tangga dalam perkenalan percintaan yang singkat. Apa yang lebih menarik perhatian adalah perkongsian cerita dari isteri kepada Zamani. Sweet betul Zamani ye!
Bercinta dalam 3 tahun
Temubual program ini turut dihadiri Dr Tengku Asmadi sebagai perunding motivasi, penyanyi Ainan Tasnem dan pasangan suami isteri iaitu Zamani bersama Nur Juliana dalam berkongsi pendapat mengenai topik Perkenalan Singkat, Bahagiakah Rumahtangga? Zamani turut berkongsi detik-detik pengenalan awal bersama isterinya yang dikatakan sudah bersahabat lebih 10 tahun.
Saya dah kenal dia sudah 14 tahun tapi bukanlah bercinta 14 tahun. Awalnya kita sebagai kawans saja. Jadi, dalam tempoh 10 tahun macam tu kita masih berkawan. Bila lepas 10 tahun tu baru saya rasa timbul perasaan tu. Selepas 4 tahun baru buat keputusan.
Sementara itu, Juliana turut berkongsi pendapatnya mengenai keperibadian Zamani sebagai seorang penyanyi yang mempunyai ramai peminat.
Saya tengok dia sebagai orang baik. Saya suka keperibadian dia. Macam dia banyak mengajar saya. Bersangka baik.
Buat kepada yang tidak tahun, Juliana dahulunya merupakan ketua fans club Zamani. Boleh dikatakan Juliana mengenali Zamani bermula sebagai peminat. Tuntutan kerja dan persediaan diri yang perlu dihadapi Zamani menyebabkan dia mengambil masa untuk buat keputusan berkahwin.
‘Dia nyanyi masa saya masak’
Juliana turut mengakui yang suaminya itu semakin ceria dan romantik selepas mendirikan rumah tangga. Malah, Zamani turut mengakui dia gemar mendendangkan lagu dari penyanyi lagu termasuk Hafiz kepada isterinya ketika di rumah.
Saya tengah masak pun dia nyanyi. Dia selalu practice kat rumah kalau ada show. Dia takkan nyanyi lagu Slam kat rumah. Banyak lagu orang lain yang dia nyanyi.
Zamani juga berkata terdapat banyak perkara lagi yang perlu dia dan pasangan belajar dalam saling memahami antara satu sama lain dan menerima baik atau buruk seseorang pasangan kita itu.
Sumber: TV3Malaysia Offcial