Di zaman serba canggih dan moden ini, menjana pendapatan melalui Youtube sudah menjadi satu trend di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan, ramai individu yang telah berjaya menerpa nama menerusi platform Youtube ini sehingga kejayaan mereka telah menjadikan inspirasi kepada orang lain.
Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Ibrahim Embong ada menceritakan kisah seorang Youtuber yang namanya baru sahaja meningkat naik, Sugu Pavithra.
Subscibers semakin meningkat
Masa tu mula-mula video dia ni, subscriber baru 100 orang lebih macam tu. View video pertama ikan talapia bakar dia baru dalam 300 labih macam tu. Ni 3 bulan yang lalu. Sekarang subscriber dia dah 100k lebih dah dan setiap video yang dia upload view mesti puluh ribu! 3 minggu yang lalu, dia dapat surat dari Google dimana Youtube bayar dari video dia.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik, Ibrahim Embong memberitahu bahawa seorang suri rumah berbangsa India yang dikenali dengan nama Sugu Pavithra ini baru sahaja berjinak-jinak dalam menghasilkan video memasak di Youtube.
Lebih menarik apabila sepanjang video tersebut kita boleh melihat kebolehan dan bakat Pavithra fasih berbicara dalam bahasa Melayu sehingga jumlah subscibernya meningkat dari hari ke hari. Kandungan video yang dihasilkan hanya untuk suka-suka ini akhirnya membuahkan hasil dan kini dia telah berjaya menjana pendapatan di Youtube menerusi video-video masakannya.
Kari ayam pencen
Bukan itu sahaja, kepelbagaian resepi masakan yang dikongsian Pavithra sememangnya mampu menarik perhatian orang ramai untuk menonton. Antaranya ialah cara memasak kacang kuda, nasi ayam ‘Indian Style, resepi briyani telur dan sebagainya. Resepi kari ayam pencen yang dikongsikan Pavithra sejak sebulan lalu kini telah mencecah sehingga 465k tontonan.
Berkebun di rumah
https://www.youtube.com/watch?v=C7Fdu3mUHJc
Selain video memasak sendiri, Pavithra juga menggunakan pendekatan lain dengan membawa kandungan yang berbeza-beza dalam video yang dihasilkannya. Antaranya ialah dengan berkongsi kepada umum tentang aktiviti harian yang dilakukan mereka sekeluarga seperti bercucuk tanam, unboxing hadiah yang diterima dan sebagainya.
Sumber: Ibrahim Embong, Sugu Pavithra