berita

‘Dulu, Saya Pakai Tudung Kerana Taat Kepada Suami…’

February 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada Anugerah Juara Lagu ke 34 yang lalu, industri hiburan dikejutkan dengan imej baharu penerbit terkenal Dato A. Aida yang tampil dengan imej tidak berhijab. Dia turut mengakui bahawa dia tidak lagi memakai tudung sejak beberapa bulan yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, sejak tampil dengan imej baharu ini, dia telah dilamar tujuh lelaki. Namun dia menolak kesemua lelaki yang mendekati dirinya kerana tidak mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Nak lelaki ada ‘six pack’

Selepas AJL34 baru-baru ini, ada tujuh lelaki nak mencuba nasib. Saya cakap, ‘tidak’. Saya nak lelaki yang bertubuh sasa dan ada ‘six pack’. Jadi, kalau mereka nak dekati saya, pergi ‘betulkan’ perut dulu.

Ciri-ciri lelaki idamannya ialah seorang yang bertubuh sasa dan paling penting mempunyai ‘six pack’. Oleh sebab itu dia menasihati lelaki di luar sana agar perlu berusaha untuk tampil sasa sebelum mencuba nasib ke atas dirinya.

Berhijab kerana suami

Saya tahu, saya berdosa kerana membuka hijab, tapi saya selesa. Dulu, saya pakai tudung kerana taat kepada suami. Bila dah tak bersama, saya ambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Saya mula membuka hijab sejak penghujung tahun lalu ketika saya berada di Maldives. Apa pun, doakan yang terbaik kerana semua mahukan yang terbaik.

Berkenaan imej baharunya, dia mengakui bahawa perbuatan yang dilakukannya ini berdosa. Namun dia tidak mahu lagi hipokrit kerana sebelum ini dia bertudung hanya kerana taat kepada suami. Selepas bercerai, dia lebih selesa dengan imej tidak berhijab.

3 kali seminggu ke gim

Saya ada jurulatih peribadi yang melatih di gimnasium. Dalam seminggu, tiga kali saya akan ke gimnasium dan kerja keras selama tiga tahun menampakkan hasil apabila bentuk wajah saya berubah runcing.

Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan sihat antaranya pengambilan stem cell, sarang burung dan juga mengamalkan diet telur rebus.

Hasil dari usahanya untuk memiliki bentuk badan ideal, dia banyak menghabiskan masa di gimnasium bersama jurulatih peribadi. Amalan pemakanan sihat turut menymbang kepada kesan positif terhadap kesihatan dirinya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!