Penerbit, Datuk A. Aida berkongsi pengalaman getir yang pernah dilaluinya ketika berada dalam keadaan koma pada November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Bertudung Bukan Sebab Orang Lain, Janji Saya Selepas Kembali Sedar Dari ICU’ – A Aida

Artikel Berkaitan: A Aida Didekati Ustaz – ‘Tapi Rupa Tidak Menepati Cita Rasa Saya’

Antara dua alam

@syoksyoksyok

Penerbit tersohor, Dato’ A. Aida tampil dalam Confession Bilik Gelap membuka cerita tentang perjalanan hidupnya yang penuh liku dalam industri seni. Dari langkah pertama yang penuh ketidakpastian, hingga melalui jatuh bangun yang mematangkan dirinya, setiap fasa yang dilalui bukanlah sesuatu yang mudah. Baginya, kejayaan hari ini datang bersama pengorbanan, ketabahan dan keberanian untuk terus bangkit walaupun diuji berkali-kali. #ConfessionBilikGelap #DatoAAida #PenerbitTV #JatuhBangun #AnakSeni #IndustriSeni KisahBenar #SebalikTabir #SYOKPodcast #fyp #fypシ゚viral @dato.a.aida @sudyrtahir

♬ original sound – SYOK – SYOK

Menerusi sebuah podcast bersama Confession Bilik Gelap, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menyifatkan detik tersebut seolah-olah dia berada di antara dua alam, iaitu antara hidup dan mati.

Mati adalah sakit.

Memang betul, saya tak tahu sewaktu koma itu sama ada saya mati atau tidak.

Tapi ustaz cakap, saya ini berada antara dua alam, seperti hendak pergi atau mahu balik semula.

Rasa sakit

Bercerita lanjut, dalam keadaan tidak sedarkan diri itu, dia seperti berada di sebuah ruangan putih di langit dan lengkap berpakaian hitam labuh sambil berputar-putar tanpa arah.

Semasa koma, memang saya rasa seperti berada di atas langit yang berwarna putih.

Saya pakai baju yang berambu-rambu panjang dan berwarna hitam.

Saya berputar pada bahagian atas dan memang terasa amat sakit sampai saya berdoa, ‘Ya Allah, kau ampunilah dosa yang aku buat ini Ya Allah, ambillah nyawa aku, aku sudah tidak boleh, kerana sakit ini Ya Allah’.

Terdahulu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi pembedahan lutut di sebuah hospital swasta pada November tahun lalu.

Sumber: TikTok