berita

‘Dulu Tak Nak Jaga Penampilan …’ – Rossa Sera Dedah Netizen Salahkan Badan Berisi Punca Shuk Sahar Curang

July 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera mengambil pendirian untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Didakwa Makin Kurus Sebab Banyak Makan Hati, Isteri Shuk Sahar Pilih Fokus Diri Dengan Anak-Anak

Artikel Berkaitan: ‘Penat Tidur Dengan Hati Kecewa’ – Isteri Shuk Sahar

Dulu biar badan berisi

Ketika ditemui OhBulan!, Rossalennah atau lebih mesra disapa Rossa Sera mendedahkan ada netizen yang mendakwa punca dia dicurangi disebabkan tidak pandai menjaga penampilan.

Biarpun begitu, Rossa Sera berkata dia tidak terasa hati langsung malah memilih untuk pandang ke depan.

Memang ada. Saya jarang baca komen, kadang ternampak… netizen siap kata dulu tak nak jaga penampilan tapi bila lepas macam ni, baru nak jaga.. nak kurus. Tetapi saya tak ambil hati pun.

Rossa Sera berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Perlu tak kekal kurus?

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ditanya sama ada penting untuk wanita kekal langsing dan cantik bagi mengikat suami daripada jatuh ke tangan ‘penyondol.’

Sebenarnya dia bukan sebab kurus. Bagi saya, semua wanita cantik di luar sana.

Sebelum ini, wajah kepada Inayah Beauty menafikan penurunan berat badan dari 60 kilogram (kg) kepada 49 kg gara-gara ‘makan hati’ selepas kontroversi melanda perkahwinannya sejak tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Sumber: Instagram @rossa.sera

SKIP THIS AD ×