Ibarat telur di hujung tanduk. Itulah situasi rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang masih belum menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Nafi Sudah Kahwin Dengan Fara Salleh
Penat
Sekian lama mendiamkan diri, Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera memuat naik sebuah hantaran meluahkan perasaan yang sedang ditanggung.
Menurut Sera, sudah terlalu lama dia berpura-pura kuat, padahal diri sendiri menjerit meraung penat.
Kau tahu apa yang penat? Tidur dengan hati yang kecewa, dan mengharapkan bila aku bangun nanti aku akan gembira dan semuanya pulih seperti sediakala.
Tapi bila bangun, kecewa itu tak hilang dan aku pilih untuk pura-pura bahagia.
Netizen titip kata semangat
Biarpun tidak mendedahkan secara terperinci namun orang ramai tahu berkait rapat dengan pergolakan rumah tangganya.
Di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Sera untuk tidak lemah dan mencari kebahagiaan bersama anak-anak.
Kata netizen, mereka enggan pihak ketiga bertepuk tangan melihat kesakitan yang sedang ditanggung oleh Sera.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang.
Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Rossalennah di Instagram, dia mendedahkan Shuk masih lagi menjalin hubungan bersama wanita lain dan isu berkaitan berulang kali bertebaran di media sosial dan di media massa.
Rentetan isu kecurangan, Shuk juga berputih mata kehilangan posisinya sebagai penyampai radio apabila pihak pengurusan stesen radio tersebut sekitar awal tahun lepas, mengesahkan bahawa perkhidmatan Shuk digantung serta merta.
Sumber: Instagram @rossa.sera