berita

Dynas Mengaku Gelaran Selebriti Lariskan Perniagaannya

December 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Edrinas Wan Mokhtar, 29, sememangnya dikenali antara artis yang mempunyai perancangan masa depan yang begitu rapi dan berfikiran jauh. Berpegang kepada prinsip ‘usaha tangga kejayaan’, perkataan ‘tidak boleh’ atau ‘susah’ belum pernah ada dalam kamus hidupnya demi mengejar cita-cita.

Bertempat di Bentley Gallery, Pavilion Kuala Lumpur sempena majlis pelancaran koleksi kasut wanita Bespoke oleh XALF malam tadi, OHBULAN! menemubual artis tinggi lampai ini mengenai perkembangan terbarunya.

Menurutnya, dia baru sahaja menghabiskan beberapa pengambaran drama ‘Cinta Kau Dan Aku’ dan ‘Langit Ke Tujuh’ yang bakal menemui para penonton tidak lama lagi di saluran RTM dan Astro Prima.

Tambah Dynas Mokhtar lagi, dia sekarang memberi tumpuan yang lebih kepada perniagaannya berbanding bidang lakonan yang diceburi dahulu. Butik Dynas Nursing Attire atau DNA telah dilancarkan di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor tahun lalu.

“Prinsip saya mudah, fokus pada satu benda. Sekarang ini saya nak fokuskan kepada butik sebab saya jalankan perniagaan ini sendirian. Semua benda saya buat, termasuklah pemilihan bahan, rekacipta dan pengurusan. Saya bersyukur kerana sepanjang menjalani perniagaan DNA,  gelaran selebriti yang saya miliki sedikit sebanyak membantu menaikkan nama butik ini,” ujar selaku model yang memperagakan koleksi kasut wanita Bespoke oleh XALF.

Dynas juga bakal melancarkan beberapa buah cawangan butiknya tahun hadapan di beberapa lokasi seperti Publika, Setia City Mall dan Dataran Pahlawan. Menurutnya juga, dalam masa yang sama dia akan memperkenalkan koleksi terbarunya semasa pelancaran cawangan butiknya nanti.

SKIP THIS AD ×