berita

Ebit Lew Hadiahkan 100 Tablet Kepada Pelajar Yang Memerlukan

January 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Ramai yang sudah mengenali nama pendakwah bebas iaitu Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Baru-baru ini, dia baru sahaja selesai misi bantuan banjir di negeri Pahang bersama YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa.

Artikel berkaitan: Ebit Lew Luah Rasa Sebak, Dilayani Baik Oleh Agong Semasa Misi Bantuan Banjir

Terbaru, disaat pelajar-pelajar mengalami kesukaran untuk menghadiri kelas secara online, Ebit Lew sekali lagi menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan 100 buah tablet. Terima kasih Ebit Lew!

Ebit Lew menerusi perkongsiannya di laman Instagram memuat naik video memaparkan kira-kira 100 buah tablet bakal diberikan kepada pelajar yang memerlukan.

Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 017-5870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Tambah Ebit lagi, dia memohon kepada mana-mana pelajar yang memerlukan tablet ini untuk menghubunginya di nombor telefen yang tertera.

100 tablet untuk pelajar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Semoga dengan tablet sumbangan Ebit Lew ini dapat memudahkan pelajar untuk menghadiri kelas secara online, selain menyelesaikan urusan berkaitan pembelajaan.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×