berita

Edar Dadah Dalam Minuman, Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati

February 2nd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Mahkamah Majistret Melaka, sepasang suami isteri telah didakwa atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah yang dibuat dalam bentuk cecair dan disuntik dalam minuman kultur serta jus.

Artikel Berkaitan: Tio Pakusadewo Tenang Mengaku Tanam 99 Pokok Ganja Jadi Pengedar

Artikel Berkaitan: Didakwa Dibius Dengan Sejenis Dadah, Nenek 55 Tahun Dirogol Berkumpulan 

Dadah dalam minuman

Semasa perbicaraan itu, tertuduh, Lee Wui Khang, 34 dan isterinya, Pimanmart Chai Songkram, 30, mengangguk faham setelah semua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama dengan niat telah mengedar dadah jenis cecair ketamin (56,100 mililiter) serbuk ketamin (3,711), 3, 4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (299 gram), nimetazepam (144 gram) dan ketamin (96.69 gram).

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 8.25 malam di sebuah pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka, pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh bagi kesemua enam pertuduhan yang tertakluk di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam pada itu, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, juga dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung atau dipenjara seumur hidup.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×