Aktor senior Indonesia, Kanjeng Raden Tumenggung Irwan Susetyo Pakusadewo, mengakui menanam kira-kira 99 pokok ganja serta mempunyai perniagaan mengedar ganja.
Artikel Berkaitan: Kantoi Miliki & Hisap Dadah, Anak Artis Mengaku Bersalah
Artikel Berkaitan: Rampasan Ganja Seberat 200kg Hilang Dari Balai, Polis Dakwa Dimakan & Tikus
Tanam ganja di Los Angeles
Menerusi temu bual di YouTube Deddy Corbuzier, pelakon yang lebih dikenali sebagai Tio Pakusadewo ini mendedahkan perniagaan tersebut diusahakan bersama sahabatnya yang menetap di Los Angeles. Malah, usaha tersebut dijalankan di sebuah kawasan di Amerika Syarikat.
Dulu saya selalu ulang alik ke LA (Los Angeles), dan sahabat saya kebetulan punya tanah di situ, walaupun kawasannya kecil. Bila difikirkan apa yang boleh diusahakan dari tanah itu, kami memutuskan untuk tanam ganja selepas mendapat kelulusan dan keizinan dari pihak berkuasa.
Menurut aktor berusia 59 ini, perbuatan menanam dan mengedar ganja tidak dilarang dalam undang-undang di Amerika Syarikat. Ujar Tio, ganja mampu mengubati beberapa penyakit seperti parkinson dan penyakit saraf.
Jadi, kami tanam hanya 99 batang pokok ganja. Hasilnya kemudian kami edarkan ke sebuah hospital iaitu Hospital Loma Linda, sebanyak dua kali sebulan untuk tujuan digunakan sebagai perubatan.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Letters From Prague ini menjelaskan, hasil yang diperoleh dari perniagaan tersebut juga lumayan. Bagaimanapun, hasil itu adalah pendapatan yang dikongsikan bersama rakan perniagaannya yang sama-sama mengusahakan bisnes itu.
Sekadar info, Tio sudah dua kali dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah.
Sumber: Deddy Corbuzier