berita

‘Eh Ada Pantulan’ – Netizen Nampak Sosok Tubuh Watie Makan Malam Bersama Shuib?

November 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Shuib memuat naik beberapa foto ketika keluar makan malam bersama anak-anaknya di sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Foto yang dikongsikan oleh Shuib itu ternyata mencuri tumpuan netizen gara-gara kelibat seorang usahawan wanita turut dilihat berada bersamanya pada waktu itu.

Artikel berkaitan: Shuib Nafi Tuduhan Skandal Dengan Usahawan Sejak 2019 – ‘Macam Suara Saya, Tapi Bukan Saya’

Watie ikut sekali?

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Shuib membawa dua orang anaknya iaitu Dzahira Talita Zahr dan Ariq Matin ke restoran Gordon Ramsay untuk menikmati makan malam bersama. Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen, kelihatan pantulan di cermin susuk tubuh seorang wanita yang dipercayai Wati Hanifiah sedang menangkap gambar Shuib dan anak-anaknya. Lebih menguatkan dakwaan tersebut, Watie turut memuat naik beberapa foto di Instagram Story miliknya.

Berikutan daripada itu, netizen berharap pelawak tersebut tidak lagi berselindung dan memperkenalkan sahaja Wati kepada umum. Ujar netizen, mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buat Shuib.

Eh ada pantulan

Sumber: Shuib

SKIP THIS AD ×