Jika anda mengikuti perkembangan pelakon cantik Fasha Sandha, pasti anda sudah mengetahui yang dia mengalami keguguran pada Jun tahun lalu. Usia kandungan itu hanya bertahan selama enam minggu sahaja dan malangnya tidak dapat diselamatkan.
Terbaru, kehadiran Fasha Sandha sebagai gadis dulang di majlis pernikahan Elly Mazlein itu undang perhatian rakan artis dan netizen. Ramai juga yang baru menyedari isteri kepada Aidil Aziz ini sudah ada baby bump. Makin berseri muka. Tahniah Fasha dan suami!
Masih fobia dengan pengalaman lalu
Kini, Fasha Sandha kelihatan tidak berkongsi mengenai berita gembira ini di ruangan media sosial atas sebab tertentu. Dia turut meminta agar peminat sentiasa mendoakan kesihatan diri dan kandungan bayi.
Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik. Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu. Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak.
Dah nampak baby bump
Comelnya Fasha
Sumber: Fasha Sandha, Aidil Aziz