berita

[Eksklusif] Muka Baru Morning Crew Di Hitz FM Pasti Buat Korang Tak Kering Gusi…Mantap Gabungan Ni Wey!

December 30th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

screen-shot-2016-12-19-at-3-38-01-pm-630x352

Berita tergempar yang baru kami terima, kini segmen pagi di Hitz FM menampilkan muka baru bagi memberi kesegaran dan sesuatu yang baru pada pendengar.

Ha! nak tahu apa yang paling baharu lepas ni dan siapa pula muka-muka baru ni? Adakah mereka akan menjadi penyelamat pagi kita daripada bosan? Nak tahu, meh kami kongsi…

Bakal jadi trio paling gempak!

ab-morningcrew

Jadi bermula 19 Disember 2016 ni, korang bakal mendengar gabungan trio yang happening ni bermula jam 6 pagi sehingga 10 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Juga turut diperkenalkan segmen terbaru mereka iaitu Dirty Pop, Mind Trap, Repost of The Day dan mereka masih mengekalkan segmen paling kelakar iaitu Gotcha Call.

Hitz FM menampilkan muka baru Morning Crew seperti :

screen-shot-2016-12-21-at-3-11-57-pm

Untuk segmen Dirty Pop, J akan update dekat korang tentang gosip-gosip terkini di Hollywood. Manakala menerusi segmen Mind Trap, setiap penyampai akan memilih satu perkataan dan pemanggil bertuah perlu bertahan selama seminit untuk tidak menyebut perkataan yang dipilih tadi dan layak memenangi hadiah wang tunai pada hari tersebut.

screen-shot-2016-12-21-at-3-16-51-pm

Bagi segmen Repost of The Day, seperti biasa korang akan mendapat update terkini tentang post-post laman sosial yang mencuit hati. Jangan lepaskan peluang untuk dengar semuanya tau.

screen-shot-2016-12-21-at-3-18-43-pm

2017 lebih hits dengan Hitz FM!

screen-shot-2016-12-21-at-3-30-25-pm

Untuk tahun 2017, korang boleh bertemu dengan penyampai-penyampai Hitz FM sebab mereka akan menjelajah satu Malaysia untuk bertemu dengan pendengar-pendengar setia Hitz.

Juga nantikan slot terbaru mereka seperti berikut:

6.00 am – 10.00 am – hitz morning crew with J, Arnold and RD

10.00am – 1.00pm – hitz playlist

1.00pm – 4.00pm – hitz 124

4.00pm – 8.00pm – Hitz Drive Thru

8.00pm – 12.00am- hitz Night Out 

Hitz FM memainkan muzik-muzik hits antarabangsa yang semestinya membuatkan korang semua teruja nak nyanyi bersama di samping segmen pagi yang pastinya buat korang pecah perut.

So, jangan lupa untuk tune in ke 92.9 FM dan layan lagu-lagu terkini dan hits atau korang boleh dengarkan secara online (Klik sini) . Hitz FM Malaysia’s Number #1 Hit Station!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×